PEMAHAMAN   4 comments

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM
  1. Apakah maksud rangkai kata mencabuli kehormatan jenazah? [2 markah]
  2. Mengapakah isu mengenai pemindahan dan pendermaan organ ini tidak seharusnya dipertikaikan? [3 markah]
  3. Pada pendapat anda, siapakah yang harus memainkan peranan untuk mendorong orang ramai agar menderma organ? [4 markah]

JAWAPAN PELAJAR:

  1. Maksudnya ialah mempertikaikan kehormatan mayat.
  2. Sebabnya ialah pemindahan dan pendermaan organ dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Ia adalah satu kaedah perawatan terhadap penyakit berbaya dan dapat mengurangkan penderitaan orang lain.
  3. Pada pendapat saya, orang ramai perlu didorong oleh pihak kerajaan untuk memberi kempen pendermaan organ. Selain itu, badan-badan kesihatan hendaklah mendorong orang ramai dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mendorong anak mereka menderma organ. Tambahan pula, pihak media massa mestilah menayangkan iklan-iklan tentang pendermaan organ.

KOMEN PEMERIKSA:

  1. Jawapan untuk soalan 1 salah; kata mempertikaikan tidak sesuai dan kata kehormatan tidak harus diulangi.
  2. Jawapan untuk soalan 2 betul, tetapi terdapat kesalahan sistem bahasa dan ejaan, maka 1/2 dipotong.
  3. Jawapan untuk soalan 3 salah; calon sepatutnya menyatakan pihak yang patut memainkan peranan berserta huraian.

JAWAPAN CONTOH YANG MANTAP:

  1. Rangkai kata ‘mencabuli kehormatan jenazah’ bermakna mencemari/menodai kemuliaan mayat. [2 markah]
  2. Isu tersebut tidak harus dipertikaikan kerana pemindahan dan pendermaan organ diharuskan dalam Islam; suatu kaedah menyelamatkan nyawa manusia; serta mengurangkan penderitaan seseorang akibat penyakit. [3 markah]
  3. Pada pendapat saya, ibu bapa yang berhak terhadap anak patut menjadi contoh teladan. Rakan-rakan sebaya ataupun sekerja yang rapat turut berperanan memberikan sokongan moral. Selain itu, pihak sekolah boleh memainkan peranan dengan mendidik anak murid menjadi insan yang baik hati. Pihak media massa pula boleh memainkan peranan dengan menyedarkan orang ramai tentang penderitaan manusia sekali gus menggalakkan mereka menderma organ. [4 markah]

Posted October 11, 2010 by CIKGU KAY SEVEN

4 responses to “PEMAHAMAN

Subscribe to comments with RSS.

  1. Teknik menjawab yang berpandukan skema pemarkahan dapat menjamin kecemerlangan dalam peperiksaan.

  2. sediakan pelbagai jenis karangan

  3. i can know and know the fokus i nd to read

  4. :)….spm a1 bm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: